Sabtu, 15 Januari 2011

Minuman ringan bergas rosakkan sel manusia

LONDON: Satu kajian dilakukan sebuah universiti di Britain terhadap minuman ringan, menemui bukti bahawa ia boleh menyebabkan kerosakan sel yang teruk, selain berupaya mematikan bahagian penting DNA manusia.

Masalah itu yang lebih kerap dikaitkan dengan mereka yang berusia lanjut dan penagih arak, juga boleh menyebabkan kerosakan limpa serta penyakit Parkinson.

Penemuan terbaru itu dijangka memberi kesan serius kepada beratus juta orang di seluruh dunia yang gemar meminum minuman ringan bergas atau berkarbonat.

Pada masa sama penemuan itu meningkatkan kontroversi mengenai bahan pengawet yang dikaitkan dengan masalah hiperaktif di kalangan kanak-kanak.

Profesor biologi molekul dari Universiti Sheffield, Peter Piper, berkata perhatian kini tertumpu kepada keselamatan bahan E211 yang juga dikenali sebagai sodium benzoate, bahan pengawet yang sejak berdekad lalu digunakan dalam industri minuman berkarbonat bernilai £74 bilion (RM481 bilion) di seluruh dunia.

Beliau berkata ia wujud secara semula jadi di dalam buah beri, tetapi digunakan dalam kuantiti besar untuk mengelak minuman ringan berkulat. Ia juga digunakan di dalam sos dan jeruk.

Beliau yang menjalankan kajian kesan terhadap sodium benzoate ke atas kulat hidup di makmalnya mendapati bahan itu memusnahkan bahan penting DNA di dalam sel yang dikenali mitochondria.

"Bahan kimia ini mempunyai keupayaan untuk menyebabkan kerosakan teruk DNA dalam mitochondria hingga ke peringkat ia tidak aktif sama sekali malah membunuhnya terus. Hasil penemuan ini amat membimbangkan," katanya.

Prof Piper berkata, mitochondria menyerap oksigen untuk memberi tenaga kepada manusia dan jika ia musnah, sel tubuh akan mengalami masalah fungsi yang serius.

"Pelbagai penyakit kini dikaitkan dengan kerosakan DNA, antaranya termasuk penyakit Parkinson dan mempercepatkan proses penuaan manusia," katanya.

Beliau menasihati ibu bapa lebih berwaspada ketika membeli minuman yang mengandungi bahan pengawet dan memastikan kuantiti di dalamnya disahkan selamat. Beliau turut melahirkan kebimbangan kesan buruk yang bakal dihadapi dikalangan kanak-kanak yang minum banyak minuman berkarbonat.

Agensi Piawaian Makanan (FSA) menyokong penggunaan sodium benzoate di Britain dan menyatakan penggunaannya diluluskan Kesatuan Eropah (EU). Bagaimanapun semalam, anggota parlimen menggesa siasatan dilakukan segera terhadap bahan itu.

Ahli parlimen Liberal Demokrat, Norman Baker, berkata banyak bahan pengawet adalah baru dan kesan jangka panjangnya tidak dapat dipastikan. Kajian lanjut perlu dilakukan FSA.

sumber :Berita Harian (28 Mei 2007)
Peneliti Korea Kloning Kumpulan Sel Manusia

Tim peneliti Seoul National University, Korea dipimpin oleh Woo Suk Hwang berhasil membentuk kumpulan sel batang embrionik dari sembilan pasien dengan penyakit berbeda. Sebelumnya tim peneliti tersebut berhasil membuat galur sel batang pertama dari hasil kloning sel manusia Februari 2004.

Bekerja sama dengan ahli biologi dari University of Pittsburgh School of Medicine, tim Korea telah memproduksi 11 kumpulan sel batang embrionik manusia (ES cell) yang disebut galur dari sembilan sel donor.

Setiap galur sel mempunyai rangkaian kode genetik yang sama dengan sel donor. Galur sel batang dapat ditumbuhkan menjadi berbagai tipe sel manusia atau jaringan dalam tubuh sehingga mereka bisa memberi petunjuk tentang perkembangan penyakit setiap pasien.

Untuk membuat galur sel, tim itu mengambil sampel sel kulit dari donor kemudian mengisap inti sel dari tiap sel kulitnya, dan menanam kembali sel tersebut ke dalam sel telur manusia yang inti selnya telah dipindahkan.

Tim tersebut mengambil 185 sel telur dari 18 wanita berbeda untuk menempatkan inti sel dari sel kulit para donor. Dari 185 sel telur itu, ada 31 diantaranya tumbuh menjadi struktur yang disebut blastocyst, sel bulat yang terbentuk pada awal perkembangan manusia.

Tim itu dapat memindahkan dari 31 blastocyst pada 11 sel batang yang dibuat dari sel sembilan pendonor. Sel batang yang telah dipindahkan itu akan diubah menjadi tangga pendukung, tempat mereka tumbuh sampai peneliti siap melakukan penelitian terhadap mereka.

Kesebelas sel batang itu bebas dari ketidaknormalan dan pola kekebalan mereka identik dengan pola kekebalan pendonor. Penelitian itu juga telah mengalami perbaikan prosedur kloning yang dilakukan tim itu tahun lalu, dimana mereka mengambil 242 sel telur dari 16 wanita tetapi hanya bisa membuat satu sel batang.

Menggunakan sel batang yang dibuat dari sel pasien sendiri, memungkinkan ilmuwan untuk menciptakan kembali sel-sel bebas dari penyakit tersebut, organ internal dan bagian tubuh yang dapat dicangkokkan dalam tubuh pasien tanpa disertai penolakan kekebalan.

Hasil penelitian tersebut dilaporkan Jurnal Ilmu Pengetahuan Amerika Serikat dalam edisi elektroniknya Kamis (19/5).

sumber :http://www2.kompas.com/

0 komentar:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More